Heilmoor Clay?

Lumpur istimewa ini didapati di Austria, wujud lebih dari 3000 tahun dan mengandungi lebih dari 700 jenis herba dan tumbuhan di dalamnya yang sangat bagus untu kesihatan kulit.
IndinineLuxe™?
Formulasi unik yang tercipta dari algae yang kaya dengan anti-oksida, vitamin, mineral dan kebaikan lain yang mampu mengembalikan keremajaan dan kecantikan kulit.
Indinine Luxe yang tercipta melalui proses nanotechnology membantu proses penyerapannya lebih cepat ke dalam kulit. Keupayaan untuk membaikpulih sel-sel kulit berlaku dengan lebih pantas menjadikan kulit sihat, segar dan awet muda.
Sabun ini berupaya meresap pantas ke dalam epidermis dan melakukan pembersihan (detoxification) secara menyeluruh. Selepas penggunaannya kulit terasa seolah-olah selepas melakukan rawatan spa!
Sabun ini sesuai untuk semua jenis kulit: Berminyak, Sensitif, Kering, Normal, Berjerawat, Bersisik, Berparut, dsbnya malah sangat sesuai untuk kulit bayi terutama yang mempunyai masalah eczema. Oleh kerana sabun ini bertindak menyahtoksin, membersih, mengawal pH, mencerah secara semulajadi, menghalus dan mengurangkan parut - kulit anda akan kelihatan berseri-seri selepas mengamalkannya.
Kebaikan sabun MIOR:
- mengecilkan pori-pori
- mengawal blackheads dan whiteheads
- mengawal keseimbangan pH pada kulit
- mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif
- mengurangkan kesan parut pada kulit
- mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat
- mampu mengurangkan garis-garis halus / kedut pada wajah
- membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis ,stretchmarks, kesan selulit dsbnya
- kulit kelihatan 1 tona lebih cerah kerana proses exfoliation
- kulit kelihatan lebih kemerahan secara semulajadi dan berseri-seri
- meningkatkan keupayaan kitaran sel kulit, menjadikan kulit sentiasa anjal, sihat dan berseri
- juga sangat sesuai dan selamat digunakan kepada bayi dan kanak-kanak
- mengurangkan noda-noda hitam dan sel mati pada keliling leher, celah ketiak dan bikini line
- bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala
- melembutkan rambut dan menyihatkannnya
CARA PENGGUNAAN(untuk minggu pertama)
1. Basahkan tangan dan keluarkan buih drpd sabun
2. Tepekkan buih sabun di tempat yang ingin dirawat seperti muka, eyebag, kepala @ tempat yg bermasalah
3. Urut lembut anggaran 30 saat
4. Biarkan 2 ke 2.5 minit dan cuci.(KIRAAN 3 MINIT BERMULA BILA MASSAGE MUKA SELESAI)
5. Jgn lap dan biarkan kering sendiri (Kalau nak lap pon, tekap2 je jangan gosok)
6. Sesuai utk 2X sehari (pagi n malam)
7. Hanya 2-3 MINIT sahaja setiap kali kegunaan
Minggu kedua dan seterusnyer guna seperti sabun cuci muka yg biasa.
Sila beri perhatian:
- Kulit berparut - amalan yang consistent dan betul membantu mengawal kesan parut dengan effective.
- Kulit pigmentasi - berkemungkinan akan mengalami sedikit pengelupasan halus (bergantung kepada keaktifan kulit masing-masing) namun. Ini adalah kerana sel mati di pisahkan dari lapisan permukaan kulit. Anda mungkin akan mengalami sedikit kegatalan, kekeringan yang bersifat sementara kerana faktor perubahan sel pada kulit.
- Kulit Sensitif - sebaiknya 1-2 minit sudah memadai (tetapi untuk permulaan boleh gunakan selama 3 minit selama 2-3 hari)
- Kulit Berjerawat - gunakan selama 3 minit setiap kali cucian (2 x sehari) selama seminggu. Minggu kedua dan seterusnya memadai mengamalkan sabun seperti cucian biasa sahaja. Lakukan ‘maintenance’ 1-2 x dlm seminggu.
- Kulit Normal / Kering - sama seperti step kulit berjerawat
Jangan risau atau terkejut jika muka anda yg tak pernah disinggahi jerawat akan tumbuh rashes atau jerawat batu tiba2. Jika anda mengalami simptom ini, anda mungkin ada masalah resdung, masalah hati atau alergy. Kandungan indinine dalam sabun ini membina sel baru dan sedang proses detox. Dalam seminggu dua atau kurang masalah ini akan hilang. Yang penting minum banyak air dan cuci ikut aturan. Lepas healing crisis anda pasti kagum lihat kulit baru anda yg licin dan berseri.
TINDAK BALAS SELEPAS GUNA MIOR-special case sahaja(bukan utk semua kulit)
1.kulit menjadi kering(bg mereka yg kulit kering),hanya biarkan selama 1 minit sblm basuh muka dan selepas kering pakai mousturiser.
2.keluar bintik2 halus di muka.Cuci selama 1 minit sahaja kerana ia merupakan “proses pembersihan dari dalam”.Gunakan mousteriser.Jgn risau dan teruskan guna MIOR.
3.Kulit akan mengelupas sikit.Cuci selama 1 minit kerana ia mengeluarkan sel kulit-kulit mati.Biar pengelupasan sendiri.Jangan dikopek.
4.Kulit rasa gatal-gatal.Itu tandanya ade resdung.Jangan garu dan kalau boleh dalam tempoh sebulan ni jgn makan seafood,daging n telur.tunggu sehingga kulit dah ok..kurangkan masa cuci kpd 1-2 minit shj.
5.keluar jerawat tetapi jerawat yg bukan ada nanah cuma bengkak2 sahaja..
Semua healing crisis hanya berlaku selama 1-3minggu bergantung kepada kulit seseorang
Bersihkan saki-baki sabun sehingga tiada lagi rasa licin pada wajah (menandakan yang muka bersih dari sabun yang mungkin berada di antara pori-pori di kulit).
Apabila menggunakan sabun MIOR, ianya menggantikan fungsi sabun malah lebih dari itu, namun di galakkan supaya jangan terus tinggalkan routine penjagaan anda semata-mata kerana bergantung 100% kepada sabun MIOR ini. Cuma sabun MIOR boleh mengurangkan jumlah step penjagaan yang ada: Sabun MIOR, moisturiser dan sunblock berbanding dengan Susu Pembersih, Sabun, Toner, Moisturiser, Night Cream dan Sunblock. Lebih ringkas bukan???